Incomplete
Aku suka tido dan senang untuk tido. Tanya la kat mana-mana housemate atau bekas housemate aku semua. Orang lain dok tengok TV, aku boleh baring melintang tengah rumah depan TV, tidoq sampai pagi. Orang lain dok bergosip sakan ramai-ramai, aku boleh lena diulit mimpi dengan amannya kalau ada yang kutuk aku pun aku tak perasan. Memang best, letak kepala ja terus lena. (Tapi kalau terlupa baca doa mimpi pelik pelik pulak) Yang bestnya, aku senang nak dikejutkan jugak. Masa zaman sekolah aku tak pernah pakai alarm clock. Mak nanti mai tutup kipas, automatik aku terbangun. Selalunya, kalau jadual hari-hari tetap, tak pakai jam loceng pun boleh bangun pagi tepat pada masanya. Alhamdulillah.
Tapi, pada tahun 2005, bermula pada summer break, segalanya berubah. Aku pun tak ingat apa sebabnya, tapi aku mula menghadapi masalah tido. Insomnia kot. Insomnia yang tak la teruk, tapi sangat menyeksakan aku yang amat suka tido. Tiap-tiap malam aku kena berusaha keras untuk lena. Letak kepala atas bantal, padam lampu, pejam mata rapat-rapat… tapi lena tak muncul muncul. Kadang-kadang sampai tiga empat jam aku pejam mata, tapi tak jugak lena. Pernah jugak aku pejam mata sampai subuh, pejam mata dalam keadaan sedar sepenuhnya. Tiap-tiap hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan aku macam tu. Penat sangat. Bayangkan la, badan penat, otak penat, tapi tak boleh nak menghilangkan penat melalui tido. Sampaikan usaha nak tido tu sendiri menambahkan penat yang sedia ada tu.
Macam mana rasanya?
- Keadaan sekeliling senyap sunyi, tapi otak "bising". Aku dok berfikir macam-macam. Kadang-kadang otak aku dok berlatih apa yang nak dicakapkan esok hari, jadi aku dengar suara aku sendiri dok berlatih "public speaking".
- Bila pejam mata kita tak nampak apa la kan? Tapi dalam zaman tak boleh tido tu, bila aku pejam mata saja, timbul segala imej dari pengalaman aku pada hari yang sama ataupun dari ingatan aku. Tak pun aku "imagine" cerita-cerita yang tak pernah terjadi. Yang peliknya, berangan sebelum tido pernah jadi rutin harian untuk memudahkan aku lena. Tapi waktu tu, makin aku berangan makin "busy" dan berserabut pemikiran.
- Sepatutnya bila nak tido, otak akan rileks dan semakin "kosong". Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya; bila dah senyap sunyi tu, makin ligat otak aku berfikir tentang penyelesaian masalah-masalah yang aku hadapi pada siang harinya. Dua tiga masalah sekali yang datang mintak penyelesaian.
Yang peliknya, tak ada langsung angan-angan yang mengasyikkan atau gambaran yang menenangkan. Semua topik yang timbul menyerabutkan sangat sangat.
Apa yang aku lakukan sampai masalah tu hilang akhirnya?
- Masa kat Lehigh, aku pindah pi bilik Mel. Dengar dia membebel sebelum tido, tak pun dengar bunyi dia menaip (buat homework programming di tengah malam). Bila ada bunyi-bunyi di luar kepala aku sendiri, otak aku jadi "senyap", sebab ada bunyi "sebenar" yang boleh diberi tumpuan.
- "Mind Control" (aku tak ingat method siapa). Aku paksa otak aku untuk berhenti berfikir benda yang "complicated". Salah satu caranya ialah kira dari 100 sampai 0 perlahan lahan. Bila otak dok tumpu kepada benda yang mudah tu, terbehenti pulak mesin penyelesai masalah. Lama kelamaan, baru kira sampai 80 otak dah melayang, lalu terlena. Kaedah ni perlu latihan. Bukan setakat otak, otot-otot semua pun dilatih untuk dirilekskan.
- Jangan minum kopi waktu petang. Aku dah lama mengelak daripada minum kopi lepas pukul 6 petang. Kopi pun dihadkan maksimum secawan sehari, waktu pagi sahaja. Bahaya jugak kitaran kafein ni. Boleh jadi ini penyebab awal masalah tak boleh tido aku ni. Dan aku elak dari makan terlampau banyak untuk dinner. Minum minuman suam bersusu sebelum tido pun membantu jugak untuk senang lena
- Elak dari tido siang. Tak ada lagi afternoon naps. Tido pada waktu yang sama setiap hari. Jangan sambung tido lepas subuh. Pendek kata, ikut jadual dengan lebih ketat.
Beberapa bulan lepas grad, masalah aku hilang. Tu pun lepas melalui satu fasa yang lebih memenatkan: menangis sampai tido tiap2 malam. Menjumpai semula kebolehan untuk lena tu sama hebatnya macam jumpa harta yang sangat mahal. Tak terkata gembira di hati.
Tiba-tiba pengalaman menakutkan tu timbul balik semalam Susaaaahhh sangat nak lena. Tak tau kenapa. Aku harap satu hari tu saja la. Aku dah tak sanggup nak lalui masalah yang berlanjutan berbulan bulan macam dulu tu. Takut sangat. Tapi mujur ada suara yang hinggap di telinga melaui telefon Sony Ericsson aku waktu aku tengah berusaha bertungkus lumus nak lena tu. Suara yang menenangkan perasaan, menghilangkan gundah gulana, mendatangkan rasa selesa dan aman.
-Manusia tidak dicipta untuk hidup bersendirian-