My Declaration
Satu benda yang aku tak berapa suka buat: jawab soalan yang sama berulang ulang ulang ulang kali. Kadang-kadang tu, kalau jumpa 10 orang, kesemua sepuluh orang tu akan tanya soalan yang sama. Soalan paling kerap orang tanya aku sekarang ni ialah "dah kerja ke belum?" Yang ni senang nak jawab. Ya atau tidak saja. Kalau orang tu nak tau lebih, aku cerita la proses nak mintak kerja dengan syarikat kesayangan aku tu. Sebelum tu soalan "dah habih belajar ke belum?", "seronok ke duduk Amerika?" dan yang seangkatan dengannya.
Kenapa pulak aku tak suka jawab soalan-soalan sama banyak kali ha? Apa kata aku buat diri aku suka jawab soalan? Bukan ke lebih berfaedah daripada dok rasa sakit hati tak tentu pasal. Ada banyak manfaat daripada aktiviti menjawab FAQ ni, antaranya:
- Melatih diri menunjukkan ekspresi muka yang tenang dan menyenangkan hati orang lain. Maklum lah, bila dah sampai kali keenam ditanya soalan sama, jemu rasanya. Senyum pun dah macam senyum terpaksa. Tak elok tu. Bukannya orang yang tanya tu tau yang dah ada lima orang dah yang tanya soalan tu sebelum dia. Bukan salah dia yang kita nak sakit hati. Sebaliknya, kita ni lah yang kena memberi reaksi yang baik tak kira apa jua keadaan. Itulah cabarannya. Senyum dan jawablah dengan senyum dan sopan santun. Mungkin senyum kita tu menceriakan sikit hari orang tu walaupun sikit.
- Sebagai latihan daya tahan minda. Dalam hidup kita hari hari, akan ada benda yang kita kena buat ulang2 kali. Contohnya eksperimen dalam lab. Penat buat tiga set eksperimen, tau tau alat rosak atau tak dicalibrate. Habiiihhh kena ulang balik. Tak pun bila berhadapan dengan budak2 kecik biasanya yang di bawah umur 7 tahun. Suka sangat tanya soalan sama banyak2 kali. Contohnya sepupu aku Ridhwan. Masa dia umur 2 tahun mak dia pi hospital lahirkan adiknya Hasanah. Tiap-tiap setengah jam dia nanti mai tanya aku, "Mana umi?" dengan muka nak nangis. Takkan kita nak marah dia kot, kesian dia teringat kat mak dia.
- Peluang untuk melatih kita berfikir secara kreatif dengan cepat. Ye la, daripada kita salahkan orang lain yang dok asyik tanya soalan sama, baik la kita kreatifkan diri memikirkan pelbagai jawapan yang beraneka dan menarik untuk soalan yang sama.
Bagi soalan yang jawapannya ya atau tidak kurang sikit ruang untuk jadi kreatif. Tapi bila kena tanya soalan yang mahal tu, huhu.. muka pun jadi pH rendah. Benci soalan tu, tapi soalan tu jugaklah yang paling bagus untuk senaman kreativiti. Jawapan yang aku selalu bagi:
- Sengih macam emoticon Yahoo sambil menggeleng kepala
- "Nanti lah dulu.."
- "Dah takdak nak buat macam mana.."
Tapi semalam aku dapat satu idea macam mana nak jawab "soalan tu". Aku nyanyi lagu Natasha Bedingfield baru tau haha. Lagu yang sederhana. Susah nak cari lagu yang bukan lagu cinta, bukan lagu patah hati, dan bukan lagu marah atau kekecewaan. Satu lagu yang ringkas dan jujur, dan jawapan yang tepat dari aku untuk soalan mahal yang korang suka tanya tu. Nah lirik lagu Single oleh Natasha Bedingfield.
Ah yeah that’s right
All you single people out there
This is for you
Yeah
I’m not waitin’ around for a man to save me
(Cos I’m happy where I am)
Don’t depend on a guy to validate me
(No no)
I don’t need to be anyone’s baby
(Is that so hard to understand?)
No I don’t need another half to make me whole
Make your move if you want
Doesn’t mean I will or won’t
I’m free to make my mind up
You either got it or you don’t
[Chorus:]
This is my current single status
My declaration of independence
There’s no way I’m tradin’ places
Right now a star’s in the ascendant
I’m single
(Right now)
That’s how I wanna be
I’m single
(Right now)
That’s how I wanna be
Ah yeah Uh Huh that’s right
Don’t need to be on somebody’s arm to look good
(I like who I am)
I’m not saying I don’t wanna fall in love ‘cos I would
I’m not gonna get hooked up just ‘cos you say I should
(Can’t romance on demand)
I’m gonna wait so I’m sorry if you misunderstood
[Repeat Chorus]
Everything in it’s right time everything in its right place
I know I’ll settle down one day
But ’til then I like it this way, it’s my way
Eh I like it this way
Make your move if you want doesn’t mean I will or won’t
I’m free to make my mind up you either got it or you don’t
‘Til then I’m single
This is my current single status
My declaration of independence
There’s no way I’m tradin’ places
Right now a star’s in the ascendant
Sekian lah dulu. Laptop ni tak berapa bagus la sistem pembuangan haba dia, panas habih keyboard.
Today is where my book begins. The rest is still unwritten.
September 8th, 2006 at 9:17 pm
sian eda… nanti yati x tanye dah.. ok? pas ni kena tggu declaration dari eda sendiri la same ade dapt keje ape & kat mane… jgn lupa habaq tau..
September 8th, 2006 at 9:36 pm
kak wahida…
nih ade 1 soklan la.. len sket dr yg ats2 tuh.. hehe..
dlu petronas ke yg sponsor? hehe.. jwb2..
September 11th, 2006 at 2:44 am
Yup, to Farah, Kak Wahida memang dibiaya sepenuhnya dan berhutang banyaknya dengan syarikat kesayanganku iaitu Petronas. To Yati, Eda dah dapat kerja dah. Kat KL!! Boleh la nak pi kacau Yati selalu. Eda pegi Shah Alam hujung minggu ni.
September 18th, 2006 at 5:55 am
kak wahida..
dpt keja ngan pet eyh? kat klcc ka?
huwaaa.. asal pet tak pggl farah lagik..
January 30th, 2007 at 7:46 am
may I say what’s written IS history? hehehe…. kalau hang paham la apa maksud aku kan..
kalau tak…tak per.. (dah mai dah penyakit banyak dot aku…)