The Forgotten

Masalah semasa diri sendiri:

  1. Bila mood tengah baik, macam-macam idea timbul untuk menulis kat sini. Tapi bila online, bukak saja Friendster, terus tak lalu nak taip apa-apa. Habih loya segala. Aku ada alahan dengan Friendster (lebih tepat sekali, sesetengah profile dalam Friendster) agaknya. Dah tahu begitu, jangan la melawat profile ITU kan Wahida… apa la.
  2. Keadaan diri yang sangat malas semalas malasnya. Semangat yang hilang sejauh jauhnya. Hati yang tak ada emosi positif; kosong sekosong kosongnya. Semoga terubat sakitku ini.

Bila dah pulih sepulih pulihnya baru la dapat tulis benda2 yang tak berserabut sebegini.

Semalam tengok satu filem yang agak cantik. Tapi berserabut macam otak aku jugak. Hehe.. "Eternal Sunshine of The Spotless Mind". Persoalan yang timbul ialah yang mana lebih menyakitkan: dilupakan atau melupakan? Bagi aku, dua dua pun sakit oiii. Dilupakan tu lumrah kehidupan, ye la, mana la kita mampu nak letak semua benda dan semua orang di dalam senarai benda yang diingati setiap saat setiap jam setiap hari tu kan? Tak boleh nak salahkan orang pun kalau orang tu dah lupa kat kita, lagi bagus kalau orang tu pikirkan benda2 yang berfaedah kan? Apa-apa pun, sakit tetap la sakit.

Melupakan pun sakit jugak. Tapi kalau nak meneruskan hidup, ada sesetengah benda yang kita kena lupakan. Kalau tidak, datanglah benda yang namanya mood swing tu. Susah nak lupakan benda2 yang pernah buat kita tersenyum tersengih sorang-sorang. Tapi kalau nak lupakan sesuatu tu, lupakanlah benda benda yang buat air mata bergenang bila teringat, tapi jangan lupakan pengajaran di sebalik perkara yang dah berlalu.

Aku tahu, ada SATU saja ubat yang boleh buat aku tersenyum kembali.

2 Responses to “The Forgotten”

  1. Melissa Semanis Says:

    ubat apa haaa? lama tak limpas kat blog hang… hehehe…

  2. Wahida Says:

    Hang nak tau apa ubatnya? Aku rasa hang pun tau apa ubatnya. Hehehe.. lagi mau tanya. Tapi aku rasa kalau kena ambik kerja oleh Petronas pun aku boleh kembali gila seperti sediakala la.

Leave a Reply