Antara Bethlehem dan Pulau Pinang
Friday, May 5th, 2006Aku dan nak tinggalkan Bethlehem tak lama lagi. Nak balik Penang dah. Dua dunia yang berbeza, tapi ada satu benda yang sungguh tak menyenangkan yang sama mengenai dua tempat tu. Di Bethlehem dan Pulau Pinang ada orang yang mencadangkan supaya kasino dibuka untuk menjana pendapatan tambahan.
Bethlehem dulu popular dengan kilang keluli dia. Pulau Pinang pulak… hmm…. popular dengan apa tah? Pelancongan? Pulau Pinang memang cantik, banyak tempat makan yang makanannya sedap dan harga pun berpatutan, banyak durian mahal yang jugak sedap tapi orang tempatan tak mampu nak beli, banyak rumah flat, banyak kereta, banyak orang… Pulau Pinang bukan la satu tempat yang sempurna. Mungkin boleh menarik lagi ramai pelancong, tapi dalam keadaan sekarang ni, rasanya lagi banyak tempat menarik lain di Malaysia yang jadi tumpuan.
Apa cara yang ada untuk meningkatkan pendapatan Pulau Pinang? Mungkin boleh diusahakan supaya Pulau Pinang lebih bersih, kemudahan awam lebih lengkap, tandas awam tak menjijikkan, dan sistem pengangkutan awam lebih efisyen dan selamat. Barula pelancong ada hati nak mai tempat kita. Tapi wajarkah bagi cadangan supaya KASINO dibuka? Bethlehem ni pun sama… nak bukak kasino kecik kat kilang usang tu.
Apa jadi kalau ada pusat perjudian yang hebat kat Pulau Pinang tu? Memanglah akan ada pendapatan ekstra. TAPI pendapatan tu datangnya dari duit orang yang kalah judi. Lagi ramai yang pergi berjudi, lagi ramai yang kalah judi. Dan lagi ramai lah penduduk Pulau Pinang yang selama ni tak ada peluang nak berjudi dengan mudahnya, yang akan dapat peluang tu. Dan lagi ramai lah penduduk Pulau Pinang yang selama ni tak terfikir pun nak berjudi, yang akan timbul perasaan ingin tahu. Dan lagi ramai lah penduduk Pulau Pinang yang akan tertekan dan terdesak sebab banyak hilang duit dalam aktiviti yang mulanya hanya satu hobi tapi berubah menjadi satu ketagihan. Budak-budak Lehigh mesti ingat lagi kan berita yang memalukan pasal seorang pelajar Lehigh tu? Budak yang memegang jawatan tinggi dalam "majlis perwakilan pelajar" kat Lehigh tu? Sanggup dia buat kerja bodoh tu, menggadaikan masa depan dan memalukan kawan2 dan keluarga, sebab hutang judi.
Pulau Jerejak: itulah dia nama tempat yang ada sorang manusia tu cadangkan untuk dijadikan tapak kasino. Di seberang Pulau Jerejak tu ialah Pantai Jerejak, tapi aku lagi suka panggil dia pantai Seagate sebab dekat dengan kilang tu. Kadang2 aku pi situ jalan2 dengan tujuan bersenam dengan mak dan abah. Aman je petang2, dengan orang main layang-layang, budak-budak kecik lari-lari atau main ayaq kat situ… tapi tak usah laaaaa pegi situ malam malam. Macam macam benda "pelik" ada. Lumba kereta, lumba motor… manusia manusia berdua duaan di tepi batu, manusia manusia yang berkunci dalam kereta dengan tingkap tertutup, penuh berderet kat tepi jalan dekat pantai yang menghadap Pulau Jerejak tu.
Tak cukup ka masalah sosial kat Pulau Pinang tu? Kes ragut, kes rompak, kes curi tayar kereta, kes curi kasut; sekecik kecik dan semurah murah benda pun nak dicuri. Kalau dah mencari duit dengan cara yang tak bermoral, mesti la cara hidup yang nak ditampung tu pun tak bermoral kan? Mungkin nak cukupkan bekalan dadah, mungkin nak sara aktiviti berjudi. Jarang sekali orang mencuri dan merompak sebab nak menampung cara hidup yang mulia.
Siapalah yang untung sebenarnya dengan aktiviti perjudian. Sama sekali bukan masyarakat awam. Perjudian menghasilkan suasana yang penuh bahaya dan manusia yang tidak bermoral dan tidak berfikiran jauh. Siapalah yang ditarik masuk ke tempat yang popular dengan perjudian? Orang-orang yang tidak bermoral dan tidak berfikiran jauh. Buat apalah itu semua…
Mungkin dengan kerajaan yang ada sekarang ni, kasino tu tak akan dibina. Satu hari nanti, siapalah yang tahu. Aku sangat sangat sayang Pulau Pinang. Tapi kalau satu hari nanti Pulau Pinang jadi pusat perjudian yang gilang gemilang, aku tak teragak agak nak pindah pi tempat lain.