Process Design I (ChE 233)
Tamat sudah Spring Break terakhirku. Kerja bertimbun, tak putus-putus. Tiba-tiba teringat satu kelas yang aku ambik semester lepas: Process Design I. Macam-macam aku belajar dari kelas tu, selain daripada macam mana nak guna Aspen Plus :p
1. Pemilihan rakan sekerja:
Aku agak bertuah sebab tergolong dalam 9 pelajar yang berpeluang memilih ahli kumpulan masing-masing. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan yang bertimbangrasa, rajin teramat, dan berfikiran positif. Dapat ahli-ahli kumpulan yang saling menghormati pendapat ahli yang lain memang banyak membantu dalam "kejayaan" dalam kelas tu. Oh ya, komunikasi mesti lancar dan terang supaya tak ada orang yang keliru atau rasa tak puas hati dengan keputusan yang dibuat.
2. Susunan dalam membuat keputusan
Tiap-tiap minggu, kami ada "target" yang perlu dicapai; ada keputusan yang perlu dibuat bila sekian sekian tarikh tu tiba. Ada "deadline" untuk setiap keputusan penting, dan ada "timeline" yang perlu diikut. Antara keputusan yang perlu dibuat:
a) unit-unit yang ada dalam proses
b) kadar pengeluaran produk, berapa banyak bahan yang diperlukan
c) harga unit-unit yang berasingan, kos tenaga, dan jugak cara-cara untuk menjimatkan kos tanpa mengabaikan keselamatan
Lebih kurang begitu lah bunyinya keputusan yang perlu diambil kira untuk bina kilang kami tu. Banyak lagi sebenarnya. Akhir sekali, keputusan yang paling penting, ialah sama ada kilang tu AKAN DIBINA ATAUPUN TIDAK. Sakit jugak la hati kalau dah laaaaaaaaammmaaaa dok luang masa buat kerja untuk rancang pembinaan kilang tu, tapi akhirnya didapati pembinaan tu tak akan mendatangkan keuntungan, dan tak patut dibina.
Apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.
3. Tunjuk ajar daripada yang berpengetahuan dan berpengalaman
Kami ada dua orang profesor yang tunjuk ajar dan memberi panduan dalam membuat keputusan dan dalam menguasai kemahiran yang diperlukan untuk bina kilang. Kalau tak faham, tanya!!! Bantuan orang yang lagi pandai melajukan lagi proses menyelesaikan masalah, contohnya bila sangkut dalam penggunaan kaedah Fenske-Underwood-Gilliland tu… Jangan malu mintak tolong; malu bertanya nganga la jawabnya.
4. Belajar dari proses yang dah wujud
Kena rajin buat research. Cari patent yang dah wujud bagi proses yang menghasilkan produk yang sama. Ada banyak hasil kajian dan penulisan kat luar sana tu, kalau tak ada kat perpustakaan universiti sendiri, boleh mintak kat perpustakaan lain. Banyak jugak artikel yang online. Belajar dari yang dah ada, lebih senang bergerak dari situ.
Ish, banyak lagi la pengajaran dari ChE 233 tu. Yang peliknya, kenapa sistem yang tersusun sebegitu tidak dipraktikkan dalam membuat keputusan-keputusan penting dalam kehidupan kita yang nyata laaaagi susah dari pembinaan kilang olok-olok tu?
March 16th, 2006 at 8:08 am
limpas lagi..
Rasanya kita bolek praktik, tinggal lagi sama ada kita mahu atau tidak.
1) Pemilihan
2) Buat keputusan
3) Belajar dari yang berpengalaman
4) Belajar dari situasi yg sudah wujud depan mata.
Applied to almost anything dalam hidup kita ;).
Especially…hrmm, wahid leh jawab yang nie better, *wink *wink!
March 26th, 2006 at 1:33 pm
Oi
March 26th, 2006 at 1:41 pm
Apaaaa la hang asyik dok *wink *wink kat aku ja…