Kawan

Apa erti kawan?

Sekolah Rendah: geng main batu tujuh, main getah (alaa.. yang lompat lompat tu),  geng kongsi satu meja kat kantin, geng jalan sama-sama kat koridor, geng untuk buat kumpulan kalau main hambat hambat waktu rehat, orang yang tolong bagitau kat kita kalau ada budak mana mana tah mengata/menyebar gosip pasal kita, orang yang teman kita pi bilik senang.

Sekolah Menengah: Orang yang kita pilih untuk bentuk satu kumpulan kalau ada aktiviti dalam kelas, orang yang kita pilih untuk duduk dekat-dekat dalam kelas, orang yang tolong "reserve"kan tempat dalam bas sekolah kalau kita lambat, orang yang tolong beratur belikan air bila kita belikan nasik, tempat bercerita hal-hal sekolah ("Cikgu tu tak pasai pasai marah aku, awat tak tau..")

Universiti: Tempat mengadu hal susah senang, tempat cerita pasal "latest crush" (huhu.. zaman yang telah lama berlalu), tempat pinjam duit ("alaaa.. kira belanja dah aaa"), orang yang kita travel sama2, orang yang kita tumpang dengan tak malunya waktu travel, tempat bergaduh, mengusik, bergurau, tempat berbincang.

Lepas berakhir zaman menuntut ilmu secara formal, macam manakah agaknya bentuk persahabatan? Akan adakah lagi "that sisterhood bond" yang kukuh walaupun kadang2 goyang tu? Ke masing-masing sibuk dengan hal masing-masing sampaikan tak ada masa untuk persahabatan yang indah tu? Ataupun semua orang dah cukup matang sehingga tak memerlukan tempat persandaran emosi?

Tadi aku terbaca satu artikel kat msn.com pasal persahabatan perempuan bertajuk "The Friendship Crisis: Making and Keeping Friends as an Adult" http://lifestyle.msn.com/Relationships/Friendship/ArticleLHJ.aspx?cp-documentid=257401. Menarik jugak artikel ni, semua benda yang aku dok pikir tapi tak reti nak tulis ada tertera dalam tu. Antara topik yang disentuh ialah "Mengapa wanita memerlukan sahabat", masalah-masalah yang sering menghalang persahabatan bagi wanita bekerja/berkerjaya, dan macam mana nak kekalkan persahabatan bila dunia sendiri dah berubah. Kalau rajin tu, baca la artikel ni… It’s simple and fun to read.

Kepada kawan-kawanku, apabila kalian dah berada di seberang jalan sana, jangan la lupa menoleh ke belakang untuk menjenguk aku yang masih kat sini jugak. Tak berganjak. Kalau tak selalu, toleh la sekali sekala. I will miss you all.

2 Responses to “Kawan”

  1. Melissa Semanis Says:

    limpas limpas… saya nak tumpang komen…

    Kita cubalah sedaya upaya utk saling contact meng’contact’ sesama sendiri…

    Aku pun rindu dekat hang!! Dari sekarang dah boleh rasa… ;)!

  2. FaIzaH Says:

    Alahai…sedih bercampur terharu baca the end of this entry. Walau pun dah berada di seberang jalan, akan ku toleh. Tapi rasanya tak menjadi issue sgt kalau lebar jalan tu setapak jek :-P Kalau gitu lagi la toleh, sbb mcm ada org berdiri kat belakang….dah tu boleh usik2 lagi bahu ker…

Leave a Reply