Archive for February, 2006

Kawan

Wednesday, February 22nd, 2006

Apa erti kawan?

Sekolah Rendah: geng main batu tujuh, main getah (alaa.. yang lompat lompat tu),  geng kongsi satu meja kat kantin, geng jalan sama-sama kat koridor, geng untuk buat kumpulan kalau main hambat hambat waktu rehat, orang yang tolong bagitau kat kita kalau ada budak mana mana tah mengata/menyebar gosip pasal kita, orang yang teman kita pi bilik senang.

Sekolah Menengah: Orang yang kita pilih untuk bentuk satu kumpulan kalau ada aktiviti dalam kelas, orang yang kita pilih untuk duduk dekat-dekat dalam kelas, orang yang tolong "reserve"kan tempat dalam bas sekolah kalau kita lambat, orang yang tolong beratur belikan air bila kita belikan nasik, tempat bercerita hal-hal sekolah ("Cikgu tu tak pasai pasai marah aku, awat tak tau..")

Universiti: Tempat mengadu hal susah senang, tempat cerita pasal "latest crush" (huhu.. zaman yang telah lama berlalu), tempat pinjam duit ("alaaa.. kira belanja dah aaa"), orang yang kita travel sama2, orang yang kita tumpang dengan tak malunya waktu travel, tempat bergaduh, mengusik, bergurau, tempat berbincang.

Lepas berakhir zaman menuntut ilmu secara formal, macam manakah agaknya bentuk persahabatan? Akan adakah lagi "that sisterhood bond" yang kukuh walaupun kadang2 goyang tu? Ke masing-masing sibuk dengan hal masing-masing sampaikan tak ada masa untuk persahabatan yang indah tu? Ataupun semua orang dah cukup matang sehingga tak memerlukan tempat persandaran emosi?

Tadi aku terbaca satu artikel kat msn.com pasal persahabatan perempuan bertajuk "The Friendship Crisis: Making and Keeping Friends as an Adult" http://lifestyle.msn.com/Relationships/Friendship/ArticleLHJ.aspx?cp-documentid=257401. Menarik jugak artikel ni, semua benda yang aku dok pikir tapi tak reti nak tulis ada tertera dalam tu. Antara topik yang disentuh ialah "Mengapa wanita memerlukan sahabat", masalah-masalah yang sering menghalang persahabatan bagi wanita bekerja/berkerjaya, dan macam mana nak kekalkan persahabatan bila dunia sendiri dah berubah. Kalau rajin tu, baca la artikel ni… It’s simple and fun to read.

Kepada kawan-kawanku, apabila kalian dah berada di seberang jalan sana, jangan la lupa menoleh ke belakang untuk menjenguk aku yang masih kat sini jugak. Tak berganjak. Kalau tak selalu, toleh la sekali sekala. I will miss you all.

Angan-angan

Tuesday, February 7th, 2006

Campus Square: on-campus housing paling mewah yang aku pernah jumpa. Aku tengah duduk di Campus Square lah ni. Mewah macam mana tu? Kemudahan asas yang disediakan cukup lengkap; dapur, peti sejuk, kabinet semua… jamban pun yang flushing system dia fesyen baru punya… tangki refill dengan sungguh laju! Ada air conditioning unit jugak, tapi agak sejuk waktu winter. Alhamdulillah. Ditambah pulak dengan koleksi buku-buku yang dibeli oleh rakan-rakan serumah. Rumah yang sentiasa ada suasana ilmiah sangat menenangkan. Dapur pun tak pernah kosong. Penuh dengan makanan dan segala macam rempah ratus. Alhamdulillah. Sangat mewah bagi aku. Part yang paling bagus pasal rumah ni: tak ada TV!! :D

Mula lah otak berangan-angan macam mana la rupa rumah sewa nanti bila dah kerja. Sapa la pulak rakan-rakan serumah yang "bertuah" dapat housemate macam aku ni. Kalau lah aku dapat pilih dan hias rumah aku sendiri, ni ha ciri-ciri yang aku nak:

1. Sederhana kecik sebab malas mengemas. Dan kalau besaq nanti terasa sunyi sangat pulak.

2. Ada perpustakaan mini yang dipenuhi buku-buku yang bermanfaat. Kalau rumah tak ada buku macam mana nak pupuk minat membaca. Kalau tak minat membaca sekali pun… kumpul la buku sikit demi sikit. Lama-lama baca lah tu. Kalau tak ada langsung kurang lah kebarangkalian nak berubah dari malas membaca kepada rajin.

3. Ada mini-gym yang ada exercise bench, sets of dumbbells, bars, weights yang mencukupi, dan mungkin benda basikal tu. Perempuan tak manis la pulak nak pegi public gym, kalau boleh bersenam kat rumah kan bagus…

4. Bilik air yang berfungsi dengan sempurna. Flushing system mesti SENTIASA dalam keadaan baik.

5. Dapur yang macam dapur rumah maktok. Alat-alat semuanya yang ringkas tapi serbaguna. Berkualiti mesti jugak kot.

6. Perabot yang minimum. Simple dan tadak berukir kerawang sana sini. Buat melekat habuk saja.

7. Tak ada bunga sana sini. Tak suka. Buat melekat habuk jugak. Susah ooo nak cuci bunga yang berhabuk (kalau bunga plastik, spray dengan air garam. Kalau bunga fabrik aku tak tau). Orang kata bunga menambah seri rumah. Tak apalah. Not for me. Aku tambah seri dan warna rumah pakai benda lain. Mungkin gambar atau poster yang ada gambar bunga.

Berangan saja tu. Tah macam mana la keadaan sebenar nanti. Aku tak kisah sangat pun. Satu saja harapan aku, semoga wujud sisterhood bond yang kukuh antara penghuni-penghuni rumah sewaku itu nanti. Semoga penghuni rumah tu sentiasa saling mengingatkan antara satu sama lain, sentiasa ambik berat pasal masalah housemates yang lain. Itu kalau ada housemate la. Kalau dok sorang2… semoga ada kucing la menunggu aku balik kat depan pintu, macam my Ginger dulu…

Berangan tak habih.