Archive for January, 2006

Banyaknyaaa lecture..

Saturday, January 28th, 2006

Assalamualaikum. Aa.. pagi tadi sambung sesi usrah minggu lepas yang pasal doa tu. Tapi hari ni mak usrah bawak kami dengar lecture online. Tak sempat nak salin nota sebab aku lambat tangkap apa yang disampaikan, mungkin kena dengar syarahan tu lagi sekali. Lecture tu boleh didengarkan atau didownload di http://www.audioislam.com/index.php?subcategory=Worship, tajuk dia "Dua the Weapon of the Believer" oleh Yasir Qadhi. Tadi sambung topik berkenaan "etiquettes of making dua", tak sure pulak tu dalam lecture yang nombor berapa.

Banyak betul syarahan-syarahan menarik di www.audioislam.com ni. Tak tau nak dengar yang mana satu dulu. Tapi nak target dengar lecture pasal doa tu sampai habis dulu. Quran recitation pun ada kat sini ha: http://www.audioislam.com/index.php?subcategory=Recitation

Itulah kita di zaman sains dan teknologi; ilmu pengetahuan ada di hujung jari kita: taip taip terus dapat. Tak payah nak merantau beribu-ribu batu macam orang di zaman dulu. Tapi sayangnya manusia semakin malas.

Aku Masih Muda

Sunday, January 22nd, 2006

Kelmarin jumpa sorang kawan ni masa halaqah, dia cerita pasal surah al-Kahf. Nanti-nanti lah kalau aku senang aku taip nota pasal tu. Apa yang dok pusing-pusing dalam kepala aku sampai la ni ialah kata-kata penutup dia, "We are treating our youths like babies."

Apabila dibandingkan golongan belia sekarang dengan golongan belia di zaman Rasulullah s.a.w. dan belia dalam cerita-cerita al-Quran, golongan belia sekarang sangatlah ketinggalan. Walaupun pengetahuan sains dan teknologi anak muda semuanya makin maju hari ke hari, tapi mereka lambat matang.

Lambat matang macam mana tu? Bukan dari segi fizikal atau intelek, tapi dari segi sosial dan emosi. Antara yang ketara:

  1. Kurangnya kesedaran dan "empathy" terhadap masalah dalam masyarakat sendiri dan dunia.
  2. Kurangnya kesediaan untuk memikul tanggungjawab kemasyarakatan.
  3. Kurangnya keinginan untuk mengambil berat akan hal yang tiada kaitan langsung dengan kehidupan peribadi sendiri.

Kenapa macam tu ha? Mungkin sebab:

  1. Golongan belia tidak dilatih untuk berkhidmat dan berjuang untuk masyarakat; pendidikan hanya mempunyai fokus ke arah pembinaan kareer dan ekonomi diri.
  2. Golongan belia tidak digalakkan untuk mengambil tahu hal ehwal semasa; baca buku supaya dapat 13A dalam SPM dah cukup bagus.
  3. Golongan belia dibiarkan leka bersuka ria dan membuat kesilapan; alah, bagila depa "enjoy", nanti dah tua kena kerja.

Perubahan perlu dilakukan dari awal. Kalau tak, masa depan kita akan dipenuhi dengan manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri dan lalai.

Melentur buluh tua memerlukan terlampau banyak tenaga.

Mencari Kemanisan Doa

Saturday, January 21st, 2006

*Sedikit nota dari usrah session hari ni. Ada part yang "rongak", tak sempat salin dan tersilap salin. Kepada kakak-kakak aku yang melawat page ni, silalah buat pembetulan, letak kat komen ka..

Du’a – Part I

  • Definition- linguistic: to call (da`aa)
  • Definition- shari’ie:
    • Ask from Allah for something beneficial
    • Ask for harm to be removed
    • Ask so that evil or harm be avoided
  • Du’a is a form of worship. Surah al-Ghafir, ayat 60. {And your Lord said: “Invoke Me [i.e. believe in My Oneness (Islamic monotheism) and ask Me for anything] I will respond to your (invocation). Verily! Those who scorn My worship [i.e. do not invoke Me, and do not believe in My Oneness, (Islamic Monotheism)] they will surely enter Hell in humiliation!”} Sesiapa yang terlalu sombong untuk berdoa akan dimasukkan ke dalam neraka.
  • Du’a is the greatest act of worship.
  • Kerana du’a adalah ibadah, kita perlu ambil dari al-Quran dan sunnah.
  • Kaitan antara du’a dengan aqidah:
    • Kita tak ada keupayaan untuk mencapai apa-apa melainkan dengan izin Allah. Berdu’a kepada satu tuhan mengaffirm kepercayaan kita kepada satu tuhan yang merupakan provider, acknowledging that Allah is our Creator. Jika seseorang percaya ada satu higher being yang berkuasa (ada tauhid rububiyah), jika dia berdoa sincerely kepada “tuhan” itu, Allah akan respond kepada doa itu walaupun dia non-Muslim. Bukan semua kes, bergantung kepada rahmah Allah. Surah al-An’am ayat 63. [Is not He (better than your gods) Who guides you in the darkness of the land and the sea, and Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before His Mercy (rain)? Is there any ilah (god) with Allah? High Exalted be Allah above all that they associate as partners (to Him)!] Mereka berdoa, doa dimakbulkan, dan apabila dah selamat mereka melupakan Allah. Orang yang tak percaya akan kewujudan Allah sekalipun akan call out kepada Allah bila dalam keadaan terdesak. Tak mungkin ada orang yang berupaya untuk hidup tanpa mercy Allah s.w.t.
    • Du’a affirm tauhid uluhiyah. Du’a merupakan satu ibadah: setelah recognize Allah sebagai our lord, kita berdu’a dan beribadat hanya kepada Allah. Jika kita violate tauhid uluhiyah, kita telah commit shirik. Jika berdu’a kepada Jesus misalnya, itu telah violate tauhid uluhiyah.
    • Du’a affirm tauhid asma’ was-sifaah. Kita yakin bahawa Allah mendengar dan mampu memakbulkan du’a kita.
  • Du’a to other than Allah is shirik.
    • Surah Faatir, ayat 14. [If you invoke (or call upon) them, they hear not your call; and if (in case) they were to hear, they could not grant it (your request) to you. And on the Day of Resurrection, they will disown your worshipping them. And none can inform you (O Muhammad s.a.w) like Him Who is the All-Knower (of everything). ]
    • Surah al-Jinn, ayat 20. [Say (O Muhammad s.a.w.): “I invoke only my Lord (Allah Alone), and I associate none as partners along with him.”]
    • Surah al-Hajj, ayat 12 dan 13. [He calls besides Allah unto that which can neither harm him, nor profit him. That is a straying far away. He calls unto him whose harm is nearer than his profit: certainly an evil Maula (patron) and certainly an evil friend.]
    • Konsep menggunakan wali, shaykh, dsb sebagai intermediary berleluasa dalam dunia muslim. Seeking blessing from objects pun berleluasa. The moment guna intermediary dalam du’a, direct du’a kepada selain Allah, telah masuk dalam zon shirik besar.
  • Types of du’a
    • Du’a al-masalah (of asking): berdu’a untuk minta sesuatu yang bring benefit atau minta harm being removed.
    • Du’a al-ibadah: du’a of worship. Every single act of worship masuk dalam kategori du’a al-ibaadah. Macam mana glorifying Allah, contohnya kata subhaanallah itu menjadi du’a? Kedua-duanya ada kaitan. Contohnya apabila asking for forgiveness, itu telah affirm kepercayaan kita bahawa Allah itu Maha Pengampun. Dan apabila kita glorify Allah, secara tak langsungnya kita percaya Allah itu Maha Kuasa untuk memberi, walaupun kita tak minta secara direct.
  • Dua kategori manusia
    • Orang yang tak lakukan dua-dua, tak percaya kepada satu tuhan.
    • Orang yang worship Allah tapi tak ask for anything from Allah. Percaya kepada kewujudan tuhan tapi berdu’a kepada objek lain. Extreme sufis ada yang jatuh dalam golongan ni sebab berdu’a kepada selain dari Allah, saints mereka dan sebagainya.
    • Mereka yang beriman kepada Allah tapi hanya kembali kepada, melakukan dua-dua du’a kepada Allah waktu senang. Apabila masa susah, mereka tak lakukan du’a al-ibaadah.

      Ada

      yang mengingati Allah dan merayu memohon bantuan waktu susah sahaja. Contohnya dalam peristiwa perang bergajah di mana mereka percaya Allah sebagai penjaga Kaabah akan melindunginya.

    • Good muslims. Melaksanakan dua-dua jenis du’a.
  • The excellence and benefit of du’a
    • The most noble act di sisi Allah ialah du’a, kerana dalam du’a kita meletakkan Allah di tempat yang paling tinggi, dan diri kita di tempat yang paling helpless. Mengandungi harapan dan rasa takut du’a direject.
    • Du’a adalah the best form of worship. Dalam solat kita penuh dengan du’a.
    • To make du’a to Allah is obeying Allah s.w.t. “Make du’a to me, and I will respond to you” merupakan satu command dari Allah. Walaupun kita berdoa tapi doa tak dimakbulkan, itu tetap merupakan satu perbuatan yang direward.
    • Allah sangat-sangat dekat dengan orang yang berdoa. Surah al-Baqarah, ayat 186. [And when My slaves ask you (O Muhammad s.a.w) concerning Me, then (answer them), I am indeed near (to them by My Knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me (without any mediator or intercessor). So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright.]
    • Du’a is the only cause for Allah’s concern kepada kita. Surah al-Furqan, ayat 77. Kalau kita tak berdoa, Allah takkan kisah kepada kita. [Say (O Muhammad s.a.w. to the disbelievers): “My Lord pays attention to you only because of your invocation to Him. But now you have indeed denied (Him). So the torment will be yours forever (inseparable, permanent punishment).]
    • Du’a menunjukkan generosity Allah. Surah ar-Rahman, ayat 29. [Whosoever is in the heavens and on earth begs of Him (its needs from Him). Every day He is (engaged) in some affair (such as giving honour or disgrace to some, life or death to some, etc.)!]
    • Du’a is a form of our admission of humility. Berdoa menunjukkan orang itu tidak arrogant kepada Allah. Sifat kibr (arrogant) adalah dosa yang besar, jika ada sebesar zarah sekalipun rasa bongkak dalam diri, takleh masuk syurga.
    • Du’a menghindari kemarahan Allah. Allah akan marah bukan sebab kita mintak, tapi bila kita tak mintak. Manusia pulak, kalau dimintak-mintak itu dan ini mesti marah. Tapi, makin banyak kita mintak dari Allah, makin Allah sayang kat kita.
    • Doa ialah reason kita akan diselamatkan dari neraka jahanam. Jika seseorang buat banyak kebajikan di muka bumi tapi tak berdoa kepada Allah dan tak beriman, segala amalan baiknya adalah sia-sia.
    • Du’a adalah satu satunya action yang boleh mengubah predestination (takdir). Du’a ada kesan kepada predestination yang telah ditetapkan. Du’a “berlawan” dengan calamity hingga ke akhir zaman. Sikap berhati-hati semata-mata tidak boleh menghindarkan kita dari calamity.
  • Relation antara du’a dan takdir:
    • Possible that du’a is stronger than takdir.
    • Possible that du’a is weaker than takdir, tapi du’a melembutkan takdir itu.
    • Dua-duanya sama kuat.
  • Sambungan excellence dan benefit:
    • Allah berjanji yang setiap du’a itu akan difulfill. There is no person that asks Allah for anything except that Allah gives it to him, or keep away from him a similar evil, as long as he doesn’t ask for something evil, or breaks the tie of kinship. Kita mintak banyak mana sekalipun, mercy Allah sentiasa lagi plentiful.
    • Jika semua penghuni muka bumi mintak du’a kepada Allah, dan Allah fulfill semua permintaan tu, bounty Allah tidak berkurang.
    • Apa-apa outcome doa yang kita minta memberi benefit kepada kita.
    • Du’a is the weapon for the weak and oppressed. Contoh: Nabi Nuh a.s yang dipersenda oleh kaumnya, dan Nabi Musa a.s yang ditentang oleh Fir’aun.
    • Du’a membuka dialog antara kita dengan Allah. Kenapa kita pilih untuk berdoa LEPAS solat bila kita ada opportunity untuk berdoa dalam komunikasi kita dengan Allah time solat? Ambil kesempatan dalam waktu solat untuk berdoa.
    • Du’a memaksa kita untuk rasa rendah, sedar akan dosa-dosa yang dilakukan kerana takut doa tak dimakbulkan. Kesannya orang akan bertaubat dan memohon maaf dalam usaha untuk berdoa dan merasa kemanisan berdoa. Orang yang merasa kemanisan doa merasakan yang berada dalam keadaan memerlukan dan meminta kepada Allah lebih manis dari keadaan apabila permintaan dah difulfill.
    • Du’a is the easiest way of worship, with the greatest reward.
  • Pre-conditions of du’a:
    • Du’a ialah seperti weapon. Weapon yang tajam sahaja tak cukup, kemahiran pengguna senjata adalah penting.
    • Condition pertama ialah kesedaran bahawa hanya Allah yang grant apa yang kita minta. Keyakinan sempurna bahawa hanya Allah yang mampu dan berupaya to respond to our du’a. Surah an-Naml, ayat 62: [Is not He (better than your gods) Who responds to the distressed one, when he calls on Him, and Who removes the evil, and makes you inheritors of the earth, generations after generations? Is there any ilah (god) with Allah? Little is that you remember!]
    • Condition kedua ialah being sincere, iaitu berdoa hanya kepada Allah. Berdoa hanya kepada Allah, minta pertolongan hanya dari Allah.
    • Lack of hastiness, jangan terburu-buru. Jangan sekali-kali berasa yang Allah tak respond kepada doa kita. Apa maksud being hasty: “I’ve prayed and prayed and I don’t think Allah is responding”. Jangan sekali kali fikir macam tu. Being hasty juga bermaksud berdoa dan kemudiannya give up bila rasa doa tak direspond. Kita boleh meminta sesuatu untuk dipercepatkan, tapi tak boleh give up. Rasulullah pernah berdoa minta hujan “quickly and not delayed”.
    • Du’a for things that are good. Tak boleh doa untuk something sinful; termasuk dalam kategori mempersendakan Allah.
    • To have good intention. Contohnya: “O Allah, grant me wealth so that..” mesti ada good intention kat dalam doa tu. Atau: “O Allah, cure this person from the sickness..
    • Kehadiran hati yang khusyu’. Tak ada guna doa jika hati tak fokus dalam doa tu. Make du’a to Allah in a condition that we are certain that Allah will respond to that du’a. Allah tidak akan respond kepada doa dari hati yang lalai dan tidak khusyu’. Doa janganlah hanya di bibir saja; doa yang kita dah hafal sejak kecik contohnya, hendaklah ada usaha untuk memahami makna bacaan tu supaya wujud khusyu’ dalam doa. Gunakan doa yang diamalkan oleh Rasullah s.a.w.
    • The purpose of du’a is also to have an attentive heart.
    • Condition: purity of one’s sustenance. Semua benda yang dimiliki dan digunakan mestilah lawful: makanan, minuman, pakaian, ilmu dan sebagainya mestilah dari sumber yang halal.
    • Berselawat ke atas Rasul. Doa kita is not raised to Allah sehinggalah kita berselawat ke atas Rasul. Bukan necessary condition, tapi sangat digalakkan.
    • Du’a should not interfere with something more important. Perbezaan antara ‘abid dan  ‘alim adalah ketara dalam memilih apa yang lebih penting dalam amalan. Contohnya: menjawab panggilan mak vs. solat sunat.

3R (peringatan untuk diri sendiri)

Friday, January 20th, 2006

Kepada Cik Mel yang letak komen kat post sebelum ni, terima kasih sebab sudi melawat. Ya, aku masih tak berapa suka "blogging", sebab kena berhati-hati betul supaya apa yang ditulis tak mempamerkan benda-benda peribadi yang tak patut dan tak perlu dipamerkan. Tujuan aku menulis kat sini pun sebenarnya untuk menjaga kesihatan gegendang telinga dan juga kewarasan rakan-rakan serumah yang saban hari terpaksa mendengar bebelan aku siang malam hujan panas.

Semester dah bermula balik. Perpustakaan dah penuh balik. "Printer" (mesin cetak??) pun dah kembali aktif. Maknanya, aktiviti pembaziran kertas di Lehigh pun turut sama kembali aktif. Untuk pengetahuan yang lain, kami di Lehigh sangat lah bertuah dengan adanya printer di merata-rata tempat dari perpustakaan sampai la ke ceruk dorm. Tak ada keperluan langsung untuk bawa printer sendiri ke kampus seperti yang terpaksa dilakukan di beberapa universiti lain. Tambahan pulak, tak ada limit dikenakan ke atas kami untuk menggunakan kemudahan printing percuma ni. Percuma tu kena italic sebab kami sebenarnya kena bayar la technology fee tiap-tiap semester, jadi bukan la percuma sangat pun kan.

Apa-apa pun, alhamdulillah kerana proses pembelajaran menjadi lebih lancar dengan adanya kemudahan printing yang convenient (Convenient dalam BM apa? Awat la aku pelupa sangat ni). WALAU BAGAIMANAPUN, itu bukan lah alasan untuk kita membazir dan berlebih lebihan dalam menggunakan kemudahan tu. Bila tengok printer dan recycle bin (tong kitar semula?) di Fairchild-Martindale Library tu, rasa sakit hati sangat-sangat. Melimpah ruah meja dan tong dengan kertas-kertas yang merupakan bahan-bahan yang silap print ataupun yang dah tak diperlukan tapi diprint jugak. Mujur jugak la ada recycle bin, TAPI itu pun belum boleh dijadikan alasan untuk kita membazir.

Kenapa tak patut membazir?

  1. Semua tu duit. Bertambah banyak kertas dibazirkan bertambah banyak kertas yang kena dibeli oleh universiti dan lama-lama makin mahal lah technology fee. Masalahnya, orang yang tak membazir pun turut sama kena membayar fee yang meningkat tu.
  2. Kerja yang mudah akan menjadi susah. Lambat laun Lehigh mungkin terpaksa meletakkan had memprint kepada setiap pelajar untuk mengurangkan penggunaan kertas. Pertambahan undang-undang tak menambah kesenangan hidup.
  3. Kalau yuran yang sedia ada masih mampu menanggung penggunaan kertas dan printer yang berlebihan tu sekalipun, secara tak langsung pembaziran masih merugikan kita. Makin banyak pokok dan hutan yang terkorban. Makin banyak pencemaran alam akibat industri pemprosesan pulpa dan kertas. Buat macam mana sekalipun, apa-apa jenis pembaziran pasti akan merugikan manusia.

Apa yang boleh aku buat memandangkan aku tak ada kuasa untuk mengawal pembaziran yang dilakukan secara meluas tu? Bermulalah dengan diri sendiri:

  1. Reduce: kurangkan penggunaan kertas. Print depan belakang kalau boleh. Print bahan-bahan yang diperlukan saja; kalau nak baca mukasurat 2 dan 6 dari artikel yang ada 10 mukasurat, janganlah print semua.
  2. Reuse: Kalau ada kertas yang berprint di satu muka saja, boleh la diguna semula untuk print benda-benda yang tak payah hantar kepada cikgu (reading assignment, nota untuk presentation, dll..). Takpun jadikan kertas tu sebagai tempat conteng-conteng kira matematik ka, lukis flow diagram kasar untuk chemical plant ka.. Kesimpulannya, jangan buang kertas tu selagi ada satu lagi mukasurat kosong.
  3. Recycle: kepada aku yang tinggal di U.S. ni, tak ada alasan la untuk tak recycle. Tak payah nak tunggu depan muka pintu bila lori suratkhabar lama nak lalu. Merata-rata kampus ada tong putih untuk recycle kertas. Rajin-rajinkan diri untuk guna tong tu.

Penulisan kali ni lebih banyak untuk memperingatkan diri sendiri. Jangan jadi leka dengan kemewahan dunia; satu hari nanti akan disoal semuanya.

Fiqh of Love

Thursday, January 19th, 2006

Assalamu’alaikum. Hari ni terlebih rajin sebab kelas start pukul 1; nak buat iklan lah sat.

Kepada adik-adik dan kakak-kakak yang dah biasa dengan kelas AlMaghrib Institute, kelas yang bakal tiba tak lama lagi di kawasan kita (Eastern, Northeastern US) ialah Fiqh of Love: Marriage in Islam. Kelas ni bakal berlangsung di New Brunswick, NJ pada 10-12 dan 17-19 Februari ni.

Aku tak pi kot kelas ni sebab dah pi dah pun tahun lepas masa Spring break. Lagipun ada urusan Petronas minggu tu. Apa-apa pun, aku sangat la menggalakkan korang pi kelas tu sebab:

  1. Sesuai untuk semua peringkat dari pelajar sampai la orang tua, tak kisah la dah kawin ke belum.
  2. Kelas ni tak membosankan walaupun berjam jam.
  3. Cikgu dia bagus, tegas tapi memahami anak-anak murid dia.

Untuk tahu lebih lanjut pasal kelas ni, tolooonngla lawat "link" ni:

http://www.almaghrib.org/fol.php

JANGAN buat keputusan untuk tak pergi selagi belum klik link tu dan tahu lebih lanjut pasal kelas FoL. Kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut daripada kami yang dah pernah pegi kelas tu, dipersilakan lah hantar mesej kat aku.

Kepada korang yang belum pernah pergi kelas-kelas AlMaghrib, kelas-kelas tu adalah pengalaman yang amat berharga yang aku dapat di bumi Amerika ni. Ada banyak tempat yang menganjurkan kelas AlMaghrib Institute, dari California, ke Canada, ke Texas.. boleh dikatakan hampir seluruh US ada "access" (tak tau access dalam BM apa) untuk ke kelas AlMaghrib. Setiap sesi terdiri daripada dua "weekend": Jumaat, Sabtu, Ahad, pastu Jumaat, Sabtu, Ahad. Jangan takut, walaupun kelas tu intensif dari pagi sampai ke malam, takkan jemu atau penat inshaAllah. Setiap sejam ada masa rehat pendek. Dan syarahan diselang selikan jugak dengan aktiviti berkumpulan dan sesi soal jawab.

Setiap kelas AlMaghrib menyentuh satu topik macam asas aqidah, ibadat, sejarah, kepemimpinan, tafseer al-Quran, perkahwinan, dan macam-macam lagi la. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal kelas-kelas tu, sila klik sini ha: http://www.almaghrib.org/seminars.php

Jom pi Fiqh of Love!!! (buat masa sekarang, "aaa.. kena pi group meeting!!")

Anak, lain… orang, lain…

Wednesday, January 18th, 2006

Latar Belakang Isu

Semalam aku bersembang dengan seorang sahabat baik aku. Kami bercerita mengenai sejauh manakah kesanggupan anak-anak untuk menjaga ibu bapa mereka apabila ibu bapa berkenaan sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Tanggungjawab si Anak

Kesibukan dengan hidup masing-masing sering dijadikan alasan yang menghalang anak-anak dari menguruskan ibu bapa yang hilang upaya. Tambahan pula, anak-anak zaman sekarang kebanyakannya tinggal berjauhan dari ibu bapa kerana pekerjaan, atau kerana mengikut suami bagi golongan wanita. Pada pendapat saya, keadaan ini berlaku akibat cara pendidikan yang mendefinisikan "cita-cita" sebagai "pekerjaan yang ingin dimiliki apabila sudah dewasa". Sepatutnya, definisi cita-cita hendaklah lebih menjurus kepada peranan yang ingin dimainkan dalam masyarakat apabila sudah berkemampuan. Keluarga, iaitu unit yang merangkumi anak-anak dan juga ibu bapa mesti diambil kira dalam pemilihan pekerjaan dan tempat tinggal. Pekerjaan mesti dilihat sebagai usaha untuk mencari pendapatan dan menyumbang kemahiran kepada masyarakat, bukannya usaha untuk mengejar kemewahan semahu-mahunya. Kesederhanaan mestilah ada dalam mengatur kehidupan.

Peranan Ibu Bapa

Ramai golongan muda masa kini yang merasakan wujudnya jurang perbezaan antara mereka dengan golongan ibu bapa. Jika di negara-negara Barat, umur 18 misalnya dinanti-nantikan sebagai usia untuk bebas dari ibu bapa: bebas dari kongkongan dan bebas untuk membuat keputusan dan kesilapan sendiri. Mungkin masalahnya ialah apabila ibu bapa memainkan peranan ataupun dilihat sebagai pemerintah yang mesti dipatuhi selagi di bawah penjagaan mereka. Daripada pengalaman dan pemerhatian saya sendiri, anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa yang tegas tetapi pada masa yang sama boleh dijadikan rakan pembimbing dan tempat mengadu, berbanding dengan ibu bapa yang lebih mirip kepada penguatkuasa undang-undang semata mata. Jelasnya, untuk menjadi ibu bapa yang mampu membentuk anak-anak yang berjaya yang juga menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu bapa adalah suatu tugas yang amat berat.

Apa Kesudahannya?

Semua manusia pernah melalui peringkat hidup sebagai anak. Soalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri: Sanggupkah aku menjaga mak dan abah bila depa dah tak berkemampuan nanti? Adakah aku akan tergolong bersama sama dengan depa yang dok bagi seribu satu alasan tu? Mungkin ada di kalangan kita yang berjaya yang mampu menggaji pekerja untuk menjaga makan minum sakit demam orang tua kita yang ditempatkan di rumah yang mewah. Tapi percayalah, "Anak, lain… orang, lain." Penjagaan dan perhatian yang diberikan oleh anak-anak sendiri takkan sama dengan perkhidmatan yang disumbangkan oleh mereka yang tak dikenali, sebanyak mana sekalipun gaji yang dibayar.

Soalan kedua: Bagaimanakah pulak keadaannya nanti bila aku dah tua? Sanggupkah anak-anak aku (kalau ada la, kalau tak kawen cepat-cepat lah tempah tempat kat rumah orang-orang tua) jaga aku bila aku dah nyanyuk dan tak boleh jaga diri sendiri? Mendidik anak memanglah susah, kebarangkalian untuk gagal sentiasa ada kan? Apa-apa pun, bak kata kawan baik aku tu, "YOU do it first, then your children will follow." Kepemimpinan yang berkesan adalah melalui tauladan…

Tak Ada Pilihan

Wednesday, January 18th, 2006

Assalamualaikum warahmatullah kepada sesiapa yang membaca journal online ni. Sebenarnya aku tak suka sangat benda-benda blog ni, tapi disebabkan banyak sangat perkara yang mengganggu minda, dan memandangkan kawan-kawan di sekeliling aku semuanya sibuk sampaikan aku tak sampai hati nak kacau depa, aku mulalah menulis di ruangan ni.

Satu isu yang aku risau mengenai penulisan dalam online journal ni ialah kecenderungan untuk menceritakan isu-isu yang terlalu peribadi. InshaAllah, dalam ruangan yang tak seberapa ni, aku akan meluahkan pendapat aku mengenai isu semasa atau isu berbangkit yang berlegar-legar dalam minda aku, dan bukannya perasaan peribadi aku terhadap perkara-perkara dalam kehidupan seharian yang melibatkan permainan emosi. Dalam erti kata lain, aku tak akan gunakan blog ni untuk meluahkan kemarahan atau emosi lain yang berkaitan dengannya.

Setakat ni dulu sebagai pembuka tirai; harapnya aku akan terus menulis di sini secara konsisten.