No Explanation

July 11th, 2008 by edamin

I have a good life. I love my parents, my family, my workplace, my friends, and even my car. So it is quite difficult to describe my feeling nowadays. I do not have any unsolvable problems; most of the problems in my life are beyond my control. I cannot say that I am not happy, because I am simply not sad! What is my problem actually?

It is like having to eat prawns everyday because there is no other choice. I should be thankful because I still have food to eat, right? Yes, I am. I can and I will eat the prawns if I had to, simply because it is my responsibility to feed myself and not let myself starve to death. And it is not that I feel sad whenever I put the prawn into my mouth, chew it, and swallow it. It is just that.. I do not like prawns. Or shrimps. Or squids. Or crabs. Please do not ask me why I do not like them. I do not have any explanation for that. I do not have any problem with the smell, the texture, nor the flavor. Is it a sin when I cannot find the reason for not liking something? Do I have to give a reason for the way I feel for it to be accepted?

I try very hard to be happy everyday. When I found those nasty cockroaches in my kitchen, I refuse to let that ruin my day. I find satisfaction from chasing those creatures around with a can of Ridsect and counting the number of trapped cockroaches and lizards in my cockroach trap. My KPI is the reduction of the number of free cockroaches and lizards in my kitchen. I am happy when I achieved base target (almost stretch 2) within one month.

I do not like to drive or own a car. However, living in Balok is pretty difficult without my own car. So I buy one. I find joy from building a spreadsheet on Excel 2003 and calculating how much I have to invest and how much time is needed for the income from my investment to be able pay for the price of my car (interest included). I do not know whether it is possible or not, but I am still happy to construct a plan.

There are many other things in my life that I see from an engineer’s point of view. The tools and skills that I gained from my job can be applied in everyday situations. I am grateful for that.

I was shopping in Tesco when I suddenly cried. Just like that. In public. And it was not the first time. But of course I did not let my tears roll down my cheeks. That would be totally embarrassing. I just blinked and blinked like after using eye drops. Heh heh… For quite some time, I have to be in control all the time to keep myself from crying. I am not sad. Like I said before, I have a good life. But after some thoughts, I can give you draft number 1 of the explanation.

I miss myself. There is a part of myself that is gone when I threw something away. Maybe that part of me was still attached to that thing when I threw it away. I have to get rid of it to move on; keeping it will only destroy me slowly. But without it I feel incomplete. I tried so hard to fill that emptiness but the filling does not fit into the cavity. And now the cavity is rotting. It hurts terribly. I make plans and decisions that I believe are the correct ones. It is not what I want, but it is my choice and responsibility. I do this to be fair to myself and others. I am happy that my plans are working and my targets are met, but I am putting so much effort into something that I do not like.

I know what I want, but it is wrong to want it.

Incomplete

May 2nd, 2007 by edamin

Aku suka tido dan senang untuk tido. Tanya la kat mana-mana housemate atau bekas housemate aku semua. Orang lain dok tengok TV, aku boleh baring melintang tengah rumah depan TV, tidoq sampai pagi. Orang lain dok bergosip sakan ramai-ramai, aku boleh lena diulit mimpi dengan amannya kalau ada yang kutuk aku pun aku tak perasan. Memang best, letak kepala ja terus lena. (Tapi kalau terlupa baca doa mimpi pelik pelik pulak) Yang bestnya, aku senang nak dikejutkan jugak. Masa zaman sekolah aku tak pernah pakai alarm clock. Mak nanti mai tutup kipas, automatik aku terbangun. Selalunya, kalau jadual hari-hari tetap, tak pakai jam loceng pun boleh bangun pagi tepat pada masanya. Alhamdulillah.

Tapi, pada tahun 2005, bermula pada summer break, segalanya berubah. Aku pun tak ingat apa sebabnya, tapi aku mula menghadapi masalah tido. Insomnia kot. Insomnia yang tak la teruk, tapi sangat menyeksakan aku yang amat suka tido. Tiap-tiap malam aku kena berusaha keras untuk lena. Letak kepala atas bantal, padam lampu, pejam mata rapat-rapat… tapi lena tak muncul muncul. Kadang-kadang sampai tiga empat jam aku pejam mata, tapi tak jugak lena. Pernah jugak aku pejam mata sampai subuh, pejam mata dalam keadaan sedar sepenuhnya. Tiap-tiap hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan aku macam tu. Penat sangat. Bayangkan la, badan penat, otak penat, tapi tak boleh nak menghilangkan penat melalui tido. Sampaikan usaha nak tido tu sendiri menambahkan penat yang sedia ada tu.

Macam mana rasanya?

  1. Keadaan sekeliling senyap sunyi, tapi otak "bising". Aku dok berfikir macam-macam. Kadang-kadang otak aku dok berlatih apa yang nak dicakapkan esok hari, jadi aku dengar suara aku sendiri dok berlatih "public speaking".
  2. Bila pejam mata kita tak nampak apa la kan? Tapi dalam zaman tak boleh tido tu, bila aku pejam mata saja, timbul segala imej dari pengalaman aku pada hari yang sama ataupun dari ingatan aku. Tak pun aku "imagine" cerita-cerita yang tak pernah terjadi. Yang peliknya, berangan sebelum tido pernah jadi rutin harian untuk memudahkan aku lena. Tapi waktu tu, makin aku berangan makin "busy" dan berserabut pemikiran.
  3. Sepatutnya bila nak tido, otak akan rileks dan semakin "kosong". Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya; bila dah senyap sunyi tu, makin ligat otak aku berfikir tentang penyelesaian masalah-masalah yang aku hadapi pada siang harinya. Dua tiga masalah sekali yang datang mintak penyelesaian.

Yang peliknya, tak ada langsung angan-angan yang mengasyikkan atau gambaran yang menenangkan. Semua topik yang timbul menyerabutkan sangat sangat.

Apa yang aku lakukan sampai masalah tu hilang akhirnya?

  1. Masa kat Lehigh, aku pindah pi bilik Mel. Dengar dia membebel sebelum tido, tak pun dengar bunyi dia menaip (buat homework programming di tengah malam). Bila ada bunyi-bunyi di luar kepala aku sendiri, otak aku jadi "senyap", sebab ada bunyi "sebenar" yang boleh diberi tumpuan.
  2. "Mind Control" (aku tak ingat method siapa). Aku paksa otak aku untuk berhenti berfikir benda yang "complicated". Salah satu caranya ialah kira dari 100 sampai 0 perlahan lahan. Bila otak dok tumpu kepada benda yang mudah tu, terbehenti pulak mesin penyelesai masalah. Lama kelamaan, baru kira sampai 80 otak dah melayang, lalu terlena. Kaedah ni perlu latihan. Bukan setakat otak, otot-otot semua pun dilatih untuk dirilekskan.
  3. Jangan minum kopi waktu petang. Aku dah lama mengelak daripada minum kopi lepas pukul 6 petang. Kopi pun dihadkan maksimum secawan sehari, waktu pagi sahaja. Bahaya jugak kitaran kafein ni. Boleh jadi ini penyebab awal masalah tak boleh tido aku ni. Dan aku elak dari makan terlampau banyak untuk dinner. Minum minuman suam bersusu sebelum tido pun membantu jugak untuk senang lena :D
  4. Elak dari tido siang. Tak ada lagi afternoon naps. Tido pada waktu yang sama setiap hari. Jangan sambung tido lepas subuh. Pendek kata, ikut jadual dengan lebih ketat.

Beberapa bulan lepas grad, masalah aku hilang. Tu pun lepas melalui satu fasa yang lebih memenatkan: menangis sampai tido tiap2 malam. Menjumpai semula kebolehan untuk lena tu sama hebatnya macam jumpa harta yang sangat mahal. Tak terkata gembira di hati.

Tiba-tiba pengalaman menakutkan tu timbul balik semalam Susaaaahhh sangat nak lena. Tak tau kenapa. Aku harap satu hari tu saja la. Aku dah tak sanggup nak lalui masalah yang berlanjutan berbulan bulan macam dulu tu. Takut sangat. Tapi mujur ada suara yang hinggap di telinga melaui telefon Sony Ericsson aku waktu aku tengah berusaha bertungkus lumus nak lena tu. Suara yang menenangkan perasaan, menghilangkan gundah gulana, mendatangkan rasa selesa dan aman.

-Manusia tidak dicipta untuk hidup bersendirian-

I still know…

May 1st, 2007 by edamin

I know what I want

But sometimes,

Getting what I want is not the right thing to do

No matter how bad I want it

No matter how perfect it seems to be

To wish that I have what I want

Is to wish that unpleasant things happen

To those I care about.

Getting what you want

Doesn’t guarantee happiness

But you can extract joy

From the effort of making others smile

Helping them to get what they want.

My Declaration

September 8th, 2006 by edamin

Satu benda yang aku tak berapa suka buat: jawab soalan yang sama berulang ulang ulang ulang kali. Kadang-kadang tu, kalau jumpa 10 orang, kesemua sepuluh orang tu akan tanya soalan yang sama. Soalan paling kerap orang tanya aku sekarang ni ialah "dah kerja ke belum?" Yang ni senang nak jawab. Ya atau tidak saja. Kalau orang tu nak tau lebih, aku cerita la proses nak mintak kerja dengan syarikat kesayangan aku tu. Sebelum tu soalan "dah habih belajar ke belum?", "seronok ke duduk Amerika?" dan yang seangkatan dengannya.

Kenapa pulak aku tak suka jawab soalan-soalan sama banyak kali ha? Apa kata aku buat diri aku suka jawab soalan? Bukan ke lebih berfaedah daripada dok rasa sakit hati tak tentu pasal. Ada banyak manfaat daripada aktiviti menjawab FAQ ni, antaranya:

  1. Melatih diri menunjukkan ekspresi muka yang tenang dan menyenangkan hati orang lain. Maklum lah, bila dah sampai kali keenam ditanya soalan sama, jemu rasanya. Senyum pun dah macam senyum terpaksa. Tak elok tu. Bukannya orang yang tanya tu tau yang dah ada lima orang dah yang tanya soalan tu sebelum dia. Bukan salah dia yang kita nak sakit hati. Sebaliknya, kita ni lah yang kena memberi reaksi yang baik tak kira apa jua keadaan. Itulah cabarannya. Senyum dan jawablah dengan senyum dan sopan santun. Mungkin senyum kita tu menceriakan sikit hari orang tu walaupun sikit.
  2. Sebagai latihan daya tahan minda. Dalam hidup kita hari hari, akan ada benda yang kita kena buat ulang2 kali. Contohnya eksperimen dalam lab. Penat buat tiga set eksperimen, tau tau alat rosak atau tak dicalibrate. Habiiihhh kena ulang balik. Tak pun bila berhadapan dengan budak2 kecik biasanya yang di bawah umur 7 tahun. Suka sangat tanya soalan sama banyak2 kali. Contohnya sepupu aku Ridhwan. Masa dia umur 2 tahun mak dia pi hospital lahirkan adiknya Hasanah. Tiap-tiap setengah jam dia nanti mai tanya aku, "Mana umi?" dengan muka nak nangis. Takkan kita nak marah dia kot, kesian dia teringat kat mak dia.
  3. Peluang untuk melatih kita berfikir secara kreatif dengan cepat. Ye la, daripada kita salahkan orang lain yang dok asyik tanya soalan sama, baik la kita kreatifkan diri memikirkan pelbagai jawapan yang beraneka dan menarik untuk soalan yang sama.

Bagi soalan yang jawapannya ya atau tidak kurang sikit ruang untuk jadi kreatif. Tapi bila kena tanya soalan yang mahal tu, huhu.. muka pun jadi pH rendah. Benci soalan tu, tapi soalan tu jugaklah yang paling bagus untuk senaman kreativiti. Jawapan yang aku selalu bagi:

  1. Sengih macam emoticon Yahoo sambil menggeleng kepala
  2. "Nanti lah dulu.."
  3. "Dah takdak nak buat macam mana.."

Tapi semalam aku dapat satu idea macam mana nak jawab "soalan tu". Aku nyanyi lagu Natasha Bedingfield baru tau haha. Lagu yang sederhana. Susah nak cari lagu yang bukan lagu cinta, bukan lagu patah hati, dan bukan lagu marah atau kekecewaan. Satu lagu yang ringkas dan jujur, dan jawapan yang tepat dari aku untuk soalan mahal yang korang suka tanya tu. Nah lirik lagu Single oleh Natasha Bedingfield.

Ah yeah that’s right
All you single people out there
This is for you
Yeah

I’m not waitin’ around for a man to save me
(Cos I’m happy where I am)
Don’t depend on a guy to validate me
(No no)
I don’t need to be anyone’s baby
(Is that so hard to understand?)
No I don’t need another half to make me whole

Make your move if you want
Doesn’t mean I will or won’t
I’m free to make my mind up
You either got it or you don’t

[Chorus:]
This is my current single status
My declaration of independence
There’s no way I’m tradin’ places
Right now a star’s in the ascendant

I’m single
(Right now)
That’s how I wanna be
I’m single
(Right now)
That’s how I wanna be

Ah yeah Uh Huh that’s right

Don’t need to be on somebody’s arm to look good
(I like who I am)
I’m not saying I don’t wanna fall in love ‘cos I would
I’m not gonna get hooked up just ‘cos you say I should
(Can’t romance on demand)
I’m gonna wait so I’m sorry if you misunderstood

[Repeat Chorus]

Everything in it’s right time everything in its right place
I know I’ll settle down one day
But ’til then I like it this way, it’s my way
Eh I like it this way

Make your move if you want doesn’t mean I will or won’t
I’m free to make my mind up you either got it or you don’t
‘Til then I’m single

This is my current single status
My declaration of independence
There’s no way I’m tradin’ places
Right now a star’s in the ascendant

Sekian lah dulu. Laptop ni tak berapa bagus la sistem pembuangan haba dia, panas habih keyboard.

Today is where my book begins. The rest is still unwritten.

The Forgotten

August 10th, 2006 by edamin

Masalah semasa diri sendiri:

  1. Bila mood tengah baik, macam-macam idea timbul untuk menulis kat sini. Tapi bila online, bukak saja Friendster, terus tak lalu nak taip apa-apa. Habih loya segala. Aku ada alahan dengan Friendster (lebih tepat sekali, sesetengah profile dalam Friendster) agaknya. Dah tahu begitu, jangan la melawat profile ITU kan Wahida… apa la.
  2. Keadaan diri yang sangat malas semalas malasnya. Semangat yang hilang sejauh jauhnya. Hati yang tak ada emosi positif; kosong sekosong kosongnya. Semoga terubat sakitku ini.

Bila dah pulih sepulih pulihnya baru la dapat tulis benda2 yang tak berserabut sebegini.

Semalam tengok satu filem yang agak cantik. Tapi berserabut macam otak aku jugak. Hehe.. "Eternal Sunshine of The Spotless Mind". Persoalan yang timbul ialah yang mana lebih menyakitkan: dilupakan atau melupakan? Bagi aku, dua dua pun sakit oiii. Dilupakan tu lumrah kehidupan, ye la, mana la kita mampu nak letak semua benda dan semua orang di dalam senarai benda yang diingati setiap saat setiap jam setiap hari tu kan? Tak boleh nak salahkan orang pun kalau orang tu dah lupa kat kita, lagi bagus kalau orang tu pikirkan benda2 yang berfaedah kan? Apa-apa pun, sakit tetap la sakit.

Melupakan pun sakit jugak. Tapi kalau nak meneruskan hidup, ada sesetengah benda yang kita kena lupakan. Kalau tidak, datanglah benda yang namanya mood swing tu. Susah nak lupakan benda2 yang pernah buat kita tersenyum tersengih sorang-sorang. Tapi kalau nak lupakan sesuatu tu, lupakanlah benda benda yang buat air mata bergenang bila teringat, tapi jangan lupakan pengajaran di sebalik perkara yang dah berlalu.

Aku tahu, ada SATU saja ubat yang boleh buat aku tersenyum kembali.

Antara Bethlehem dan Pulau Pinang

May 5th, 2006 by edamin

Aku dan nak tinggalkan Bethlehem tak lama lagi. Nak balik Penang dah. Dua dunia yang berbeza, tapi ada satu benda yang sungguh tak menyenangkan yang sama mengenai dua tempat tu. Di Bethlehem dan Pulau Pinang ada orang yang mencadangkan supaya kasino dibuka untuk menjana pendapatan tambahan.

Bethlehem dulu popular dengan kilang keluli dia. Pulau Pinang pulak… hmm…. popular dengan apa tah? Pelancongan? Pulau Pinang memang cantik, banyak tempat makan yang makanannya sedap dan harga pun berpatutan, banyak durian mahal yang jugak sedap tapi orang tempatan tak mampu nak beli, banyak rumah flat, banyak kereta, banyak orang… Pulau Pinang bukan la satu tempat yang sempurna. Mungkin boleh menarik lagi ramai pelancong, tapi dalam keadaan sekarang ni, rasanya lagi banyak tempat menarik lain di Malaysia yang jadi tumpuan.

Apa cara yang ada untuk meningkatkan pendapatan Pulau Pinang? Mungkin boleh diusahakan supaya Pulau Pinang lebih bersih, kemudahan awam lebih lengkap, tandas awam tak menjijikkan, dan sistem pengangkutan awam lebih efisyen dan selamat. Barula pelancong ada hati nak mai tempat kita. Tapi wajarkah bagi cadangan supaya KASINO dibuka? Bethlehem ni pun sama… nak bukak kasino kecik kat kilang usang tu.

Apa jadi kalau ada pusat perjudian yang hebat kat Pulau Pinang tu? Memanglah akan ada pendapatan ekstra. TAPI pendapatan tu datangnya dari duit orang yang kalah judi. Lagi ramai yang pergi berjudi, lagi ramai yang kalah judi. Dan lagi ramai lah penduduk Pulau Pinang yang selama ni tak ada peluang nak berjudi dengan mudahnya, yang akan dapat peluang tu. Dan lagi ramai lah penduduk Pulau Pinang yang selama ni tak terfikir pun nak berjudi, yang akan timbul perasaan ingin tahu. Dan lagi ramai lah penduduk Pulau Pinang yang akan tertekan dan terdesak sebab banyak hilang duit dalam aktiviti yang mulanya hanya satu hobi tapi berubah menjadi satu ketagihan. Budak-budak Lehigh mesti ingat lagi kan berita yang memalukan pasal seorang pelajar Lehigh tu? Budak yang memegang jawatan tinggi dalam "majlis perwakilan pelajar" kat Lehigh tu? Sanggup dia buat kerja bodoh tu, menggadaikan masa depan dan memalukan kawan2 dan keluarga, sebab hutang judi.

Pulau Jerejak: itulah dia nama tempat yang ada sorang manusia tu cadangkan untuk dijadikan tapak kasino. Di seberang Pulau Jerejak tu ialah Pantai Jerejak, tapi aku lagi suka panggil dia pantai Seagate sebab dekat dengan kilang tu. Kadang2 aku pi situ jalan2 dengan tujuan bersenam dengan mak dan abah. Aman je petang2, dengan orang main layang-layang, budak-budak kecik lari-lari atau main ayaq kat situ… tapi tak usah laaaaa pegi situ malam malam. Macam macam benda "pelik" ada. Lumba kereta, lumba motor… manusia manusia berdua duaan di tepi batu, manusia manusia yang berkunci dalam kereta dengan tingkap tertutup, penuh berderet kat tepi jalan dekat pantai yang menghadap Pulau Jerejak tu.

Tak cukup ka masalah sosial kat Pulau Pinang tu? Kes ragut, kes rompak, kes curi tayar kereta, kes curi kasut; sekecik kecik dan semurah murah benda pun nak dicuri. Kalau dah mencari duit dengan cara yang tak bermoral, mesti la cara hidup yang nak ditampung tu pun tak bermoral kan? Mungkin nak cukupkan bekalan dadah, mungkin nak sara aktiviti berjudi. Jarang sekali orang mencuri dan merompak sebab nak menampung cara hidup yang mulia.

Siapalah yang untung sebenarnya dengan aktiviti perjudian. Sama sekali bukan masyarakat awam. Perjudian menghasilkan suasana yang penuh bahaya dan manusia yang tidak bermoral dan tidak berfikiran jauh. Siapalah yang ditarik masuk ke tempat yang popular dengan perjudian? Orang-orang yang tidak bermoral dan tidak berfikiran jauh. Buat apalah itu semua…

Mungkin dengan kerajaan yang ada sekarang ni, kasino tu tak akan dibina. Satu hari nanti, siapalah yang tahu. Aku sangat sangat sayang Pulau Pinang. Tapi kalau satu hari nanti Pulau Pinang jadi pusat perjudian yang gilang gemilang, aku tak teragak agak nak pindah pi tempat lain.

THE questions

March 26th, 2006 by edamin

This is my shortest post so far.

"Were they created by nothing? Or were they themselves the creator" [Surat at-Tuur (52): ayat 35]

Process Design I (ChE 233)

March 13th, 2006 by edamin

Tamat sudah Spring Break terakhirku. Kerja bertimbun, tak putus-putus. Tiba-tiba teringat satu kelas yang aku ambik semester lepas: Process Design I. Macam-macam aku belajar dari kelas tu, selain daripada macam mana nak guna Aspen Plus  :p

1. Pemilihan rakan sekerja:
Aku agak bertuah sebab tergolong dalam 9 pelajar yang berpeluang memilih ahli kumpulan masing-masing. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan yang bertimbangrasa, rajin teramat, dan berfikiran positif. Dapat ahli-ahli kumpulan yang saling menghormati pendapat ahli yang lain memang banyak membantu dalam "kejayaan" dalam kelas tu. Oh ya, komunikasi mesti lancar dan terang supaya tak ada orang yang keliru atau rasa tak puas hati dengan keputusan yang dibuat.

2. Susunan dalam membuat keputusan
Tiap-tiap minggu, kami ada "target" yang perlu dicapai; ada keputusan yang perlu dibuat bila sekian sekian tarikh tu tiba. Ada "deadline" untuk setiap keputusan penting, dan ada "timeline" yang perlu diikut. Antara keputusan yang perlu dibuat:
     a) unit-unit yang ada dalam proses
     b) kadar pengeluaran produk, berapa banyak bahan yang diperlukan
     c) harga unit-unit yang berasingan, kos tenaga, dan jugak cara-cara untuk menjimatkan kos tanpa mengabaikan keselamatan
Lebih kurang begitu lah bunyinya keputusan yang perlu diambil kira untuk bina kilang kami tu. Banyak lagi sebenarnya. Akhir sekali, keputusan yang paling penting, ialah sama ada kilang tu AKAN DIBINA ATAUPUN TIDAK. Sakit jugak la hati kalau dah laaaaaaaaammmaaaa dok luang masa buat kerja untuk rancang pembinaan kilang tu, tapi akhirnya didapati pembinaan tu tak akan mendatangkan keuntungan, dan tak patut dibina. :( Apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.

3. Tunjuk ajar daripada yang berpengetahuan dan berpengalaman
Kami ada dua orang profesor yang tunjuk ajar dan memberi panduan dalam membuat keputusan dan dalam menguasai kemahiran yang diperlukan untuk bina kilang. Kalau tak faham, tanya!!! Bantuan orang yang lagi pandai melajukan lagi proses menyelesaikan masalah, contohnya bila sangkut dalam penggunaan kaedah Fenske-Underwood-Gilliland tu… Jangan malu mintak tolong; malu bertanya nganga la jawabnya.

4. Belajar dari proses yang dah wujud
Kena rajin buat research. Cari patent yang dah wujud bagi proses yang menghasilkan produk yang sama. Ada banyak hasil kajian dan penulisan kat luar sana tu, kalau tak ada kat perpustakaan universiti sendiri, boleh mintak kat perpustakaan lain. Banyak jugak artikel yang online. Belajar dari yang dah ada, lebih senang bergerak dari situ.

Ish, banyak lagi la pengajaran dari ChE 233 tu. Yang peliknya, kenapa sistem yang tersusun sebegitu tidak dipraktikkan dalam membuat keputusan-keputusan penting dalam kehidupan kita yang nyata laaaagi susah dari pembinaan kilang olok-olok tu?

Kawan

February 22nd, 2006 by edamin

Apa erti kawan?

Sekolah Rendah: geng main batu tujuh, main getah (alaa.. yang lompat lompat tu),  geng kongsi satu meja kat kantin, geng jalan sama-sama kat koridor, geng untuk buat kumpulan kalau main hambat hambat waktu rehat, orang yang tolong bagitau kat kita kalau ada budak mana mana tah mengata/menyebar gosip pasal kita, orang yang teman kita pi bilik senang.

Sekolah Menengah: Orang yang kita pilih untuk bentuk satu kumpulan kalau ada aktiviti dalam kelas, orang yang kita pilih untuk duduk dekat-dekat dalam kelas, orang yang tolong "reserve"kan tempat dalam bas sekolah kalau kita lambat, orang yang tolong beratur belikan air bila kita belikan nasik, tempat bercerita hal-hal sekolah ("Cikgu tu tak pasai pasai marah aku, awat tak tau..")

Universiti: Tempat mengadu hal susah senang, tempat cerita pasal "latest crush" (huhu.. zaman yang telah lama berlalu), tempat pinjam duit ("alaaa.. kira belanja dah aaa"), orang yang kita travel sama2, orang yang kita tumpang dengan tak malunya waktu travel, tempat bergaduh, mengusik, bergurau, tempat berbincang.

Lepas berakhir zaman menuntut ilmu secara formal, macam manakah agaknya bentuk persahabatan? Akan adakah lagi "that sisterhood bond" yang kukuh walaupun kadang2 goyang tu? Ke masing-masing sibuk dengan hal masing-masing sampaikan tak ada masa untuk persahabatan yang indah tu? Ataupun semua orang dah cukup matang sehingga tak memerlukan tempat persandaran emosi?

Tadi aku terbaca satu artikel kat msn.com pasal persahabatan perempuan bertajuk "The Friendship Crisis: Making and Keeping Friends as an Adult" http://lifestyle.msn.com/Relationships/Friendship/ArticleLHJ.aspx?cp-documentid=257401. Menarik jugak artikel ni, semua benda yang aku dok pikir tapi tak reti nak tulis ada tertera dalam tu. Antara topik yang disentuh ialah "Mengapa wanita memerlukan sahabat", masalah-masalah yang sering menghalang persahabatan bagi wanita bekerja/berkerjaya, dan macam mana nak kekalkan persahabatan bila dunia sendiri dah berubah. Kalau rajin tu, baca la artikel ni… It’s simple and fun to read.

Kepada kawan-kawanku, apabila kalian dah berada di seberang jalan sana, jangan la lupa menoleh ke belakang untuk menjenguk aku yang masih kat sini jugak. Tak berganjak. Kalau tak selalu, toleh la sekali sekala. I will miss you all.

Angan-angan

February 7th, 2006 by edamin

Campus Square: on-campus housing paling mewah yang aku pernah jumpa. Aku tengah duduk di Campus Square lah ni. Mewah macam mana tu? Kemudahan asas yang disediakan cukup lengkap; dapur, peti sejuk, kabinet semua… jamban pun yang flushing system dia fesyen baru punya… tangki refill dengan sungguh laju! Ada air conditioning unit jugak, tapi agak sejuk waktu winter. Alhamdulillah. Ditambah pulak dengan koleksi buku-buku yang dibeli oleh rakan-rakan serumah. Rumah yang sentiasa ada suasana ilmiah sangat menenangkan. Dapur pun tak pernah kosong. Penuh dengan makanan dan segala macam rempah ratus. Alhamdulillah. Sangat mewah bagi aku. Part yang paling bagus pasal rumah ni: tak ada TV!! :D

Mula lah otak berangan-angan macam mana la rupa rumah sewa nanti bila dah kerja. Sapa la pulak rakan-rakan serumah yang "bertuah" dapat housemate macam aku ni. Kalau lah aku dapat pilih dan hias rumah aku sendiri, ni ha ciri-ciri yang aku nak:

1. Sederhana kecik sebab malas mengemas. Dan kalau besaq nanti terasa sunyi sangat pulak.

2. Ada perpustakaan mini yang dipenuhi buku-buku yang bermanfaat. Kalau rumah tak ada buku macam mana nak pupuk minat membaca. Kalau tak minat membaca sekali pun… kumpul la buku sikit demi sikit. Lama-lama baca lah tu. Kalau tak ada langsung kurang lah kebarangkalian nak berubah dari malas membaca kepada rajin.

3. Ada mini-gym yang ada exercise bench, sets of dumbbells, bars, weights yang mencukupi, dan mungkin benda basikal tu. Perempuan tak manis la pulak nak pegi public gym, kalau boleh bersenam kat rumah kan bagus…

4. Bilik air yang berfungsi dengan sempurna. Flushing system mesti SENTIASA dalam keadaan baik.

5. Dapur yang macam dapur rumah maktok. Alat-alat semuanya yang ringkas tapi serbaguna. Berkualiti mesti jugak kot.

6. Perabot yang minimum. Simple dan tadak berukir kerawang sana sini. Buat melekat habuk saja.

7. Tak ada bunga sana sini. Tak suka. Buat melekat habuk jugak. Susah ooo nak cuci bunga yang berhabuk (kalau bunga plastik, spray dengan air garam. Kalau bunga fabrik aku tak tau). Orang kata bunga menambah seri rumah. Tak apalah. Not for me. Aku tambah seri dan warna rumah pakai benda lain. Mungkin gambar atau poster yang ada gambar bunga.

Berangan saja tu. Tah macam mana la keadaan sebenar nanti. Aku tak kisah sangat pun. Satu saja harapan aku, semoga wujud sisterhood bond yang kukuh antara penghuni-penghuni rumah sewaku itu nanti. Semoga penghuni rumah tu sentiasa saling mengingatkan antara satu sama lain, sentiasa ambik berat pasal masalah housemates yang lain. Itu kalau ada housemate la. Kalau dok sorang2… semoga ada kucing la menunggu aku balik kat depan pintu, macam my Ginger dulu…

Berangan tak habih.